Monday, 8 June 2015

Tips Ibu Hamil & Menyusu Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua 😃😃.Malam ni Eyda nak kongsikan tips-tips buat ibu -ibu yang sedang hamil & menyusukan anak ketika berpuasa.Maklumlah,tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelang tiba.

Eyda pasti ramai juga ibu-ibu yang tengah berkejar nak habiskan puasa ganti kan. Ini termasuklah Eyda sendiri. Hehe..Masih berusaha nak habiskan puasa ganti yang tak seberapa itu.

Tapi tahukah ibu-ibu, dengan berpuasa ini kita dapat mendidik anak-anak kita ini agar menjadi seorang yang patuh kepada agama, taat perintah Allah dan seorang yang sabar. Inbshaa Allah.

Tapi sekiranya tidak larat dan khuatir akan menjejaskan anak, dalam Islam memang ada kelonggaran untuk ibu yang hamil dan menyusukan. Ibu juga boleh mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kedua-dua ibu dan baby.

Jadi, sekadar perkongsian, ini adalah sedikit tips buat ibu-ibu diluar sana. Moga bermanfaat buat semua.


1. Menyimpan stok EBM buat Ibu yang menyusu badan.

        Sebaiknya ibu membuat persediaan awal beberapa bulan sebelum Ramadhan dengan menyimpan stok EBM sebanyak yang boleh. Ibu yang bekerja sudah tentu memerlukannya tapi buat suri rumah, sebaiknya anda menyimpan stok EBM dari hari ke hari jika khuatir susu tidak cukup buat bayi ketika berpuasa di siang hari. Maksudnya, pump malam untuk kegunaan esok harinya.


2.Makanan Sunnah

    Pengambilan makanan sunnah seperti kurma dan susu kambing adalah sangat-sangat digalakkan semasa bersahur dan berbuka.Makan sekurang-kurangnya 7 biji kurma, Inshaa Allah dapat bekalan tenaga yang luar biasa.

3. Makan 3x sehari

        Ibu menyusu & sedang hamil amat memerlukan kalori untuk membolehkan tubuh ibu menghasilkan susu & kekal bertenaga. Jadi pastikan makan cukup 3x sehari (sahur, buka puasa dan sebelum tidur). Di antara waktu berbuka dan tidur, kerapkan makan dalam kuantiti sedikit. Jika takut gemuk, makan snek yang menyihatkan seperti buah, kekacang, biskut oat & lain-lain.


4.Minuman

    Minum air masak sebanyak mungkin dan kurangkan pula pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi.Ini kerana kafein akan merangsang kita untuk kerap membuang air (diuretic). Jadi secara tidak langsung kita akan mudah terdihidrasi.Eyda biasanya akan pastikan minum air masak 1 liter semasa sahur dan lagi 2 liter selepas berbuka.
    Air sangat penting untuk ibu hamil dan menyusukan tau. Kekurangan air pada tubuh kita boleh menyebabkan keguguran kalau terlalu teruk dan susu akan berkurang.

5.Protein

    Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi protein kerana ia membekalkan tenaga lebih lama kepada kita berbanding karbohidrat.Set Mighty 3 Gems mengandungi protein yang tinggi dan dapat memberikan tenaga sepanjang kita berpuasa.


6.Fiber

    Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin kerana ia membantu kita untuk kekal kenyang lebih lama.

7.Gula

    Elakkan pengambilan gula atau makanan yang manis terlalu banyak kerana ia akan membuatkan paras gula kita naik dan turun secara mendadak. Ini boleh menyebabkan kita mudah pitam dan pening.Jadi kurangkan makan kuih manis-manis yang banyak terdapat di bazaar Ramadhan nanti.😉

8.Bertenang, rileks dan positifkan minda

        Penyusuan melibatkan 2 hormon utama iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Secara umumnya, hisapan bayi/pump menghasilan hormon Prolaktin yang membuatkan kelenjar susu menghasilkan susu.Oksitoson pula menyebabkan otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu. Jangan terlalu risau susu tidak cukup sebab stress, kepenatan dan fikiran negatif menghalang penghasilan 2 hormon ini dan secara tidak langsung penghasilan susu terganggu.Bagi ibu hamil pula,elakkan stress kerana ianya boleh menjejaskan tahap kesihatan anda dan juga bayi yang dikandung.Banyakkan berzikir Ya Mateen,Ya Wahhab.In shaa Allah segala urusan akan dipermudahkan.

Semoga ibu-ibu semua sudah bersedia untuk menyambut Ramadhan yang hampir tiba ni. Bukan sekadar pentingkan makanan, amalan kerohanian juga perlu dititik beratkan, In shaa Allah semuanya akan berada dalam keadaan terbaik =)

Berminat untuk mendapatkan konsultasi dari Eyda boleh hubungi Eyda okey 😉.

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Nutrisisihat.com

 
Images by Freepik